Menghadiri temujanji pertama adalah merupakan impian setiap orang tidak kira samaada lelaki ataupun wanita , terutamanya kepada mereka yang masih bujang . Ini adalah keran peluang mereka untuk mengenali orang yang mereka minat atau suka dengan lebih mendalam lagi . Tetapi , terdapat ramai lagi yang masih melakukan kesalahan untuk menghadiri temujanji pertama mereka . Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah :
(1) Datang lewat - Kebiasaannya , seseorang akan menilai komitmen yang anda berikan berdasarkan penampilan pertama anda . Sekiranya anda datang lewat , ia telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap diri anda . Sekiranya anda betul-II inginkan mereka menjadi pasangan anda , tunjukkan komitmen dari awal permulaan hubungan lagi .
(2) Memahami situasi - Untuk membuatkan temujanji pertama berjalan dengan lancar , anda perlu bijak memahami situasi . Keutamaan ini diberikan kepada lelaki . Sebagai contoh , anda mengetahui teman wanita anda memakai kasut tumit tinggi , tidak perlulah anda mengajak mereka untuk berjalan-jalan di shopping kompleks atau sebagainya . Fokuskan untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan anda berdua banyak berjalan seperti minum di cafe atau menonoton wayang .
(3) Tingkahlaku - Sekali lagi , kesalahan ini sering dilakukan oleh lelaki . Apabila anda keluar dengan seseorang yang anda rasakan teman hidup yang terbaik untuk anda . Jagalah tingkahlaku dihadapan mereka . Sebagai contoh , tidak perlulah anda memandang wanita lain sepertimana anda memandang mereka ketika keluar bersama rakan lelaki . Fokuskan terhadap wanita yang sudi meluangkan masa bersama anda sahaja .
(4) Membawa rakan - Hormat kepada keputusan wanita sekiranya mereka ingin membawa rakan ketika bertemu dengan anda . Ini adalah kerana mereka masih berasa tidak selamat apabila keluar berdua . Selain daripada itu , ia juga menunjukkan keperibadian wanita tersebut menjaga batas pergaulan mereka .
(5) Membatalkan temujanji pada saat akhir - Ini adalah kesalahan paling besar yang anda lakukan . Ia kerana anda telah menghancurkan harapan yang telah diletakkan kepada anda . Sekiranya anda mungkin mempunyai masalah yang tidak mengizinkan anda untuk menghadiri temujanji pertama , maklumkan mengenai perkara ini seawal yang boleh . Jangan beritahu mereka disaat akhir .
(6) Mendominasi perbualan - Temujanji pertama adalah untuk anda mengenali pasangan anda dengan lebih rapat . Jangan terlalu banyak bercakap sehingga menghalang mereka meluahkan pendapat . Pastikan perbincangan yang dilakukan membolehkan mereka untuk turut serta . Cuba elakkan daripada berbincang mengenai isu-II yang sukar untuk mereka melibatkan diri seperti bercerita mengenai diri anda sahaja , isu politik dan sebagainya . Pilih isu yang lebih mudah .

No comments:
Post a Comment